Saturday, 20 April 2013
Filled Under:
kisah misteri dan seram
Kisah Seram ! Gadis misteri dipinggir tangga
Posted By:
zamri spoon
on 01:30
Yani menyusuri jalan berbukit ke Asrama Bunga Raya dengan langkah iringan sambil bernyanyi nyanyi kecil. Dilirik jam ditangan. Ah, sudah hampir pukul satu malam, bisik hati kecil yani. Suasan begitu sunyi dan tenang, maklum sahaja sudah tengah malam dan kebanyakkan penghuni asrama sudah lama dibuai mimpi. Angin malam yang bertiup lembut mengitu manyamankan. Desiran daun daun dari pokok pokok besar yang tersergam dikiri dan kanan jalan menuju ke Asmara Bunga Raya membuatkan suasana malam tambah syahdu. Biarpun sudah lewat malam, Yani tidak langsung berasa bimbang atau takut berjalan berseorangan begitu. Sudah lebih tiga minggu dia pulang lewat. Sejak terpilih mewakili kolej ke pesta kebudayaan di sarawak, begitulah rutin yang perlu dijalani oleh Yani. Setiap hari bermula dari jam 4.00 petang, latihan tarian akan bermula sehingga hampir waktu solat maghrib. Latuhan bersambung lagi dari jam 8.30 malam sehinggalah tengah malam. Waktu hujung minggu, latihan bermula seawal 7.30 pagi dan berlarutan hingga dua atau tiga pagi. Mereka hanya berhenti untuk makan dan solat sahaja. Kalau diikutkan letih, memang teramat letih rasanya sehingga adakalanya Yani ponteng kuliah semata meta untuk mendapatkan rehat yang cukup. Kadang kadang rasa menyesal jugak memilih kebudayaan sebagai kebudayaan sebagai kegiatan ko-kurikulum. Ingatkan lebih rilek daripada Kesatria, tetapi rupanya lebih teruk, terutama apabila ada pertunjukkan. Tiba tiba langkah Yani terhenti. Sorot matanya menangkap satu susuk tubuh yang yang sedang berdiri ditangga menuju ke dewan makan Kenanga yang terletak dihadapan asrama. Hai, siapa pulak yang tersadai ditangga malam malam buta ini, hati Yani berbisik lagi. Setahu Yani, walaupun tangga itu menjadi tempat lepak kegemaran pelajar, namum ini bukanlah masanya. Maklumlah undang undang kolej yang agak ketat tidak membenarkan para pelajar lepak sehingga tengah malam. Lagipun Asmara Bunga Raya adalah untuk pelajar perempuan dan pintu pagar besar akan ditutp selepas jam 10.00 malam. Jadi siapakah gerangan pelajar itu? Dari jauh Yani perhatikan susuk tubuh tersebut. Pelajar tersebut pasti pelajar perempuan memandangkan rambutnya yang panjang mengurai hingga ke pinggang. Tangan kenannnya mengepit fail seperti mana lazimnya pelajar pelajar yang lain. Dia memakai skirt dibawah paras lutut. Kakinya tidak kelihatan dari tempat Yani berdiri. Yani segera teringat pada pesan orang tua tua tentang cara untuk membezakan hantu dan manusia ialah dengan melihat kakinya. Tapi benarkah sosok tubuh yang dilihatnya hantu? Maklum sahaja, selama ini Yani memang tidak begitu percaya dengan cerita cerita hantu yang dianggapnya takhyul semata. Yani mula merasa menyesal mengikut jalan itu untuk pulang ke asrama. Kalau dia tahu baik dia mengikuti jalan menyusuri celah celah asrana seperti mana geng geng yang lain. Hendak berundur, terasa jalan begitu jauh. Hendak diteruskan, dia tiba tiba dilanda rasa takut yang amat sangat. Yani berdiri disitu tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Akhirnya Yani mengambil keputusan untuk lau sahaja didepan sosok manusia itu yang sejak tadi tidak bergerak gerak. Untuk menghilangkan rasa takut, Yani menyanyi kecil sambil berlenggang seolah olah sedang menari. Dia jugak tidak peduli jika ada orang yang nampak perlakuannya itu. Semuanya Yani tidak peduli. Yang penting, apa yang dilakukan dapat menghilangkan rasa takutnya. Waktu melintas didepan gadis tersebut, Yani tidak langsung menoleh ke arah gadis itu. Entah mengapa hati kecilnya membisikkan jangan berbuat demikian. Langkah Yani laju menuruni anak tangga ke asrama. Namun begitu langkah tersebut terasa begitu lambat dan mata tangga seolah olah bertambah sekali ganda. Tiba tiba Yani tersentak. Sesuat sejuk menyentuh bahunya. Dan bagai lipas kudung, Yani berlari sekuat hati tanpa menoleh kekiri mahupun ke kanan.
Andai sahaja ada pertandingan berlari ketika itu, pasti Yani menjadi juaranya. Mungkin kerana terlampau takut ataupun terlalu terkejut, Yani pengsan sebaik sahaja tiba dibilik asramanya. Ketika tersedar, Yani kehairanan melihat kawan kawan mengelilingnya. "Kenapa Yani? Kau macam kena kajar hantu," tegur azza. "Memang aku kena kejar hantu." akui Yani sambil menceritakan pengalamannya sebentar tadi. Tapi bukan simpati yang diterima daripada kawan kawan, sebaliknya mereka mentertawakannya. Kata mereka mustahil Yani jumpa hantu sebab selama ini9 mereka tahu Yani tak percaya pada hantu. "Yani, entah entah gadis itu student yang baru habis kelas. Dia berdiri disitu sebab nak ambil angin malam. Dan yang kau rasa benda sentuh bahu kau tu mungkin daun yang gugur. apalah kau ni..."
Benarkah begitu? Benarkah gadis yang ditemui itu juga pelajar sepertinya dan sentuhan dibahunya hanyalah daun kayu? Sehingga kini Yani masih tidak mendapat jawapan persoalan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment