Aksi lelaki asal Afrika Selatan ini hilang akal. Pasalnya, lelaki bernama Matt Silver-Vallance, 37 tahun, ini memutuskan untuk menyeberangi lautan Atlantik dari Robben Island hanya menggunakan belon helium dalam jumlah banyak.
Saat menyeberang menggunakan belon helium, Silver-Vallance menggunakan pakaian selam. Sambil terapung beberapa meter di atas laut, lelaki ini berbekal beg keseimbangan yang berisi air dan pistol air yang digunakan untuk mengarahkan belon dengan memecahkannya.
"Ini gila!" Kata Silver-Vallance setelah mendarat pada perahu getah kira-kira 300 - 400 meter dari pantai, setelah belon dilepaskan.sumber
Dalam penerbangannya, Silver-Vallance menggunakan 160 belon helium, dengan beberapa belon sudah meletus selepas penerbangan. Selanjutnya lelaki ini menyelesaikan 35 belon untuk mengarahkan dan menjaga keseimbangan. Pendaratan sengaja dilakukan di air kerana pendaratan di darat terlihat terlalu berisiko dan sakit.
Penyeberangan sejauh enam kilometer ini dilakukan untuk mengumpul dana untuk kanak-kanak di Hospital Nelson mandela. Aksi penyeberangan menggunakan belon helium ini berjaya mengumpul dana sebanyak USD 1.1 juta .
"Kami berusaha mengumpul wang sebanyak mungkin untuk Hospital Kanak Nelson Mandela, dan nampaknya kegiatan ini cukup membawa hasil," ungkap Silver-Vallance, seperti disiarkan oleh Discovery News .
Silver-Vallance menjelaskan bahawa Hospital tersebut akan menjadi sebahagian daripada warisan Nelson Mandela, dan apa yang sudah dilakukannya tak ada apa-apanya dibanding dengan apa yang dilakukan presiden Afrika Selatan itu pada negerinya.sumber
Ketika ditanya mengenai Mandela, Silver-Vallance menjawab dengan emosional bahawa seperti halnya masyarakat Afrika Selatan, dia sangat menyayangi Nelson Mandela. Dia berharap aksinya ini boleh membuat Mandela tersenyum.
Friday, 31 May 2013
Filled Under:
tak masuk akal
Aksi Bahaya ! Lelaki Ini Terbang Guna Belon...
Posted By:
zamri spoon
on 11:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jemput masuk = http://www.cintacinta4u.com/index.php/en/
ReplyDelete