
Sebagaimana disiarkan World Record Academy , Amani dan keluarganya memerlukan masa kira-kira 18 bulan untuk menjahit kopiah luar biasa itu. Kopiah tersebut mengandungi lebih daripada 200,000 jahitan dengan ukuran lingkar mencapai lebih dari 5 meter dan tinggi 1.75 meter.
"Ini adalah mimpi saya, untuk boleh menyelesaikan tugas ini. Jadi saya senang kerana telah berjaya melakukannya untuk Hari Kebangsaan," kata Amani.
Sebagai sebahagian daripada perayaan Hari Kebangsaan Oman, peci yang biasa disebut ketayap ini untuk pertama kalinya diperkenalkan dan dipaparkan di sekolah Amani. Teman-teman sekolah Amani tampak terkejut dan sangat terkesan saat melihat ketayap raksasa di hadapan mereka.sumber
Amani juga menambah bahawa kerja membuat kopiah raksasa cukup mencabar kerana memerlukan banyak kepakaran untuk merancang dan membinanya. Selain itu, dia dan keluarganya juga harus meluangkan banyak masa untuk menjahitnya dengan tangan.
"Keluarga saya bekerja siang dan malam untuk membuat kopiah tersebut," tegasnya.
0 comments:
Post a Comment