Tuesday, 14 May 2013

Filled Under:

Subhanallah ! Sang Semut Boleh Kesan Gempa Bumi ?

MANUSIA hanya boleh mengetahui kehadiran gempa bumi apabila dapat merasai gegarannya.

Dipetik OurAmazing Planet, penelitian dilakukan sekumpulan penyelidik Jerman mendapati, gempa boleh dirasai lebih awal oleh semut merah hutan.

Penelitian dilakukan Gabriele Berberich dari University Duisburg-Essen di Jerman mendakwa, perilaku semut akan berubah ketika gempa akan berlaku di mana kumpulan semut akan menunjukkan reaksi ‘kegelisahan’ apabila pola kehidupannya terancam.

Beliau mendapati, perubahan akan berlaku pada perilaku semut hasil rangsangan  reseptor yang milikinya.

“Ketika gempa akan berlaku, perubahan ketara akan terjadi pada magnet bumi. Semut memiliki reseptor sangat sensitif iaitu reseptor chemoreceptor untuk mengesan karbon dioksida dan reseptor magnetoreceptor sebagai memantau elektromagnet bumi,” katanya.

Menurutnya, dari dua ujian dalam tiga fasa getaran, kesemua semut dari 15 ribu sarang akan bertindak meleraikan sarangnya dengan berpindah ke kawasan lebih selamat.sumber





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers