Thursday 27 June 2013

Filled Under:

Bandar-bandar Teraneh dan Unik di Dunia


1. Bandar Berpenduduk Terbanyak


 

Bandar yang mempunyai penduduk terbanyak, menurut para ahli adalah Tokyo (Jepun). Sebab, jumlah penduduk ibu kota negara samurai tersebut dianggarkan mencapai lebih dari 33 juta manusia. Adapun yang berada di peringkat kedua adalah New York (ibu negara Amerika Syarikat). Sedangkan, Sao Paulo (Brazil) menduduki tempat ketiga. Jumlah penduduk kedua kota tersebut dianggarkan mencapai 17 juta manusia.

2. Bandar yang luas


 

Bandar dengan wilayah terluas jatuh pada bandar Mount Isa yang terletak di barat laut Queensland (Australia). Luasnya mencapai hampir 41 ribu km2 dengan jalan sepanjang 189 km. Oleh kerana itu, jalan raya di bandar tersebut dijadikan sebagai jalan raya bandar terpanjang di dunia juga.
3. Bandar Terkecil


 

Bandar Hum yang terletak di Croatia dengan jumlah penduduk 23 orang, termasuk dalam bandar terkecil di dunia. Bandar tersebut ditubuhkan pada 1102 yang sebelumnya bernama Cholm. Seni bina bangunan kota tersebut masih mengikuti zaman Abad
4. Bandar yang luas dan Termuda


 

Percaya atau tidak bahawa bandar tertua dan bandar termuda berada di wilayah yang sama, yakni kawasan Timur Tengah. Bandar Jericho (di Arab disebut Ariha) yang berada di Palestin, dianggarkan berusia lebih dari 10 ribu tahun. Sedangkan, kota termuda jatuh pada Bandar Tel Aviv (Israel) yang berusia sekitar 80 tahun. Selain sebagai kota tertua di dunia, Jericho juga dianggap sebagai bandar dengan daratan paling rendah di dunia. Bandar tersebut berada pada 260 m di bawah permukaan laut.
5. Bandar Dengan Daratan Tertinggi


 
  
Bandar Potosi di Bolivia merupakan kota yang berada di daratan tertinggi di dunia dengan ketinggian sekitar 4.100 m di atas permukaan laut. Bandar tersebut juga termasuk sebagai salah satu warisan dunia UNESCO yang harus dilindungi.
6. Bandar Tertinggi


 
 Hongkong mendapat gelaran bandar ' tertinggi' di dunia. Sebab, bandar tersebut mempunyai lebih daripada 7.500 bangunan pencakar langit, mengalahkan Bandar New York.

7. Bandar Pertama Berpenduduk 1 Juta Manusia


 

 Kota Rom di Itali, telah menjadi bandar pertama di dunia yang jumlah penduduknya mencapai 1 juta manusia pada 133 M. Sedangkan, Kota London berpenduduk 1 juta pada 1810. Diikuti dengan Bandar New York dengan penduduk 1 juta pada 1875. Sekarang ini, ada lebih dari 300 bandar di dunia dengan penduduk lebih dari 1 juta orang.
8. Bandar Dengan Nama Terpanjang


 
 Percaya atau tidak, nama asli dari Kota Bangkok (Thailand) sebenarnya adalah Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok PHOP Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit.Nama tersebut diberikan oleh pengasasnya, Raja Phra Buddha Yotfa Chulaloke sekitar abad ke-18. Nama tersebut merupakan nama bandar terpanjang di dunia menurut Guinness Book of World Record (Buku Rekod Dunia).
9. Bandar Dengan Nama Teraneh


 
 Fucking merupakan nama bandar kecil di Austria dengan populasi 150 manusia. Nama aneh tersebut diberikan sejak tahun 1070. Uniknya, setiap kali pelancong yang yang melewati jalan tersebut akan berhenti sejenak hanya untuk mengambil foto. Bahkan,  jalan yang satu ini menjadi  jalan paling banyak dicuri di Austria.sumber






2 comments:

Nuffnang Ads

Followers