Wednesday, 5 June 2013

Filled Under:

Perang Suadara ,Rumah Jadi Mangsa

London: Seorang bapa enam anak berdepan dengan hukuman penjara kerana memusnahkan rumah keluarganya dengan tukul besi selepas bergaduh dengan dua adiknya berhubung hak mewarisi rumah berkenaan.
Tony McGuire meruntuhkan rumah kembar dua itu sementara jirannya hanya memerhatikan tindakannya.

McGuire, 49, kemudian bergambar dengan sisa runtuhan bangunan itu yang menjadi rebutan antara dia dengan adik lelaki dan perempuan.


Dia ditahan dan dihadapkan ke mahkamah selepas menyebabkan rumah itu kelihatan seperti kena bom.

McGuire yang bekerja sebagai juruelektrik mengaku melakukan perbuatan jenayah itu.


Hakim Daniel Williams memberitahunya: “Kamu mengaku bersalah dan saya akan mengambil kira mengenai pengakuan itu apabila menjatuhkan hukuman. Bagaimanapun, saya tidak boleh memberi keputusan hari ini dan akan menangguhkan perbicaraan bagi mendapatkan laporan sebelum hukuman dijatuhkan. “Bagaimanapun, jangan fikir penangguhan ini satu tanda hukuman. Semua bentuk hukuman masih terbuka dan ini termasuk penjara.” Bapa McGuire, Allan, memiliki rumah itu di Manor Way, Cardiff, sehingga dia meninggal dunia pada 2005.


TONY bergambar di rumah keluarganya selepas meruntuhkan kediaman itu dengan tukul besi.


McGuire kemudiannya berpindah ke rumah itu bersama-sama isteri, Darriel, 50 dan enam anak mereka serta membelanjakan wang simpanan untuk membesarkan kediaman dan melakukan pengubahsuaian.

Bagaimanapun, bapanya meninggalkan wasiat dengan berkata hartanah itu perlu dibahagi-bahagikan antara McGuire dengan adiknya, Terry dan Tina.

Apabila gagal mencapai kata sepakat, McGuire bertindak meruntuhkan rumah empat bilik itu.

RUMAH bernilai RM1.5 juta hampir musnah.
 Ketika berdiri di tengah runtuhan rumah berkenaan, dia berkata: “Saya lakukan apa yang saya perlu lakukan. Perkara ini sudah berlarutan selama tujuh tahun dan saya tidak dapat bertahan lagi. “ Nilai kerosakan dianggar berjumlah £120,000 (RM600,000) dan Tony bersama keluarganya kini menetap di sebuah rumah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari kediaman itu.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin dengan syarat tidak menghubungi kedua-dua adiknya atau pergi ke rumah itu.


sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers