Saturday, 13 July 2013

Filled Under:

Bayi gigit putiing ibu ditikam 90 kali

BAYI berusia lapan bulan, Kio Bao bernasib baik kerana masih hidup selepas ditikam 90 kali oleh ibunya.

XUZHOU - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan masih hidup selepas ditikam dengan gunting sebanyak 90 kali oleh ibunya selepas dia dikatakan tergigit putingnya semasa menyusu. 

Bayi berkenaan, Kio Bao yang cedera parah di bahagian muka memerlukan 100 jahitan dalam insiden yang berlaku di sini, dalam wilayah Jiangsu di timur China.

Bayi malang itu dikatakan tinggal bersama ibu dan dua orang bapa saudara yang menyara kehidupan mereka dengan mengitar semula sampah sarap.

Bao yang dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di dalam kolam di belakang rumah mereka telah dibawa ke hospital oleh salah seorang bapa saudaranya.

Ibu kanak-kanak tersebut kemudian mengaku dia telah menikam Bao kerana bayi itu dikatakan telah menggigit putingnya.

Jiran-jiran mereka merayu supaya kerajaan tempatan mengambil Bao, namun pihak berkuasa menolak permintaan itu kerana tidak ada pengesahan rasmi yang mengatakan ibunya mengalami penyakit mental. -sumber:kosmo





1 comments:

Nuffnang Ads

Followers