SEBUAH unggun api setinggi lebih 30 meter didirikan di pinggir bandar raya Belfas,t Ireland Utara kelmarin.- AP |
Unggun api tersebut yang dibina daripada kayu dan tayar memiliki ketinggian melebihi 30 meter.
Mereka akan membakar lambang Ireland sambil menyanyikan lagu anti-Katholik dalam perayaan tersebut yang disambut pada setiap tahun.
Satu perarakan besar-besaran juga akan diadakan di sini hari ini yang dilihat bakal menguji kekukuhan proses damai di Ireland Utara.
Perarakan tersebut sebelum ini dibantah oleh pengikut mazhab Kristian Roman Katholik.
Penyokong setia Protestan meraikan 12 Julai sebagai hari pemimpin Protestan, William III of Orange mengalahkan pemerintah Katholik, Raja James pada 1690. SUMBER:KOSMO
0 comments:
Post a Comment