Sunday 4 August 2013

Filled Under:

Kerana Mahu Jadi Anjing,Lelaki Ini Tinggal Satu Bilik Kurungan Dengan Anjing

Seorang lelakiterlalu menyayangi haiwan akan cuba merasakan hidup di dalam bilik kurungan selama 35 hari atau satu bulan lebih. Aksi uniknya ini untuk menghayati penderitaan anjing yang telah ditelantarkan sakit.Sean Le Vegan, hanya akan mendapatkan masa selama satu jam untuk buang air dan mandi. Kemudian setelah itu dia akan tinggal di dalam bilik kurungan selama lebih dari sebulan lamanya.

Sean tidak akan makan selama empat hari pertama. Hal ini dilakukan agar sama seperti seekor anjing yang telah lama ditelantarkan dan dibiarkan oleh pemiliknya.
Lelaki berusia 35 tahun ini akan ditempatkan di bilik kurungan di Home Cheshire Dogs di Manchester, United Kingdom, di mana dia adalah seorang sukarelawan di tempat perlindungan haiwan tersebut."Orang-orang fikir saya gila apabila saya mempunyai idea ini. Ini akan benar-benar sukar," kata Sean."Toilet jelas akan menjadi masalah utama. Saya tidak akan makan dan hanya minum selama beberapa hari pertama," jelas lelaki yang bekerja sebagai  pereka
web .Berasa seperti seekor anjing, Sean akan hanya minum air dan tidur hanya dengan selimut. Paramedic akan memastikan keadaan tubuh Sean selamat.Kegiatan yang dilakukan Sean akan dipantau melalui webcam dan jika ingin melihat perkembangan sehari-harinya maka penonton perlu membayar yuran langganan sebanyak 5 pound Sterling .Seperti diberitakan Mirror, isnin (15/7/2013), kehidupan Sean sebagai anjing liar akan bermula pada 5 Oktober. Dia berharap selebriti tempatan, pelatih anjing dan para pencinta anjing akan terbuka hati untuk menerima  anjing-anjing di  rumah perlindungan.Badan amal ini ditubuhkan pada tahun 1893 oleh sekumpulan orang di Manchester. Kumpulan pencinta anjing ini sangat mempedulikan dengan anjing-anjing yang ditelantarkan di jalanan. Lebih daripada 7,000 anjing setahun anjing yang dirawat di dua lokasi, iaitu di Manchester dan Cheshire. 






2 comments:

Nuffnang Ads

Followers