Thursday 5 September 2013

Filled Under:

Kreatif ! Senjata Api Diubah Menjadi Alat Muzik Yang Unik.



Tidak ada yang pernah mengira sebelumnya apabila senjata api yang telah meragut banyak nyawa di negara Mexico, kini berubah menjadi alat muzik. Di tangan seniman Pedro Reyes, beratus-ratus senjata api hasil sitaan Polis di Ciudad Juarez, Mexico, diubah menjadi alat muzik seni. Reyes mampu mengubah laras pada senjata api menjadi sebuah marimba sementara bahagian pistol lain diubah menjadi simbal.


Dikutip dari DailyMail, Reyes mengatakan bahawa: "Telah banyak nyawa yang diambil dari senjata-senjata ini, seolah-olah penghikmatan sedang berlangsung". Untuk project yang berjudul "Disarm", Reyes mengatakan bahawa ia boleh memilih instrumennya dari sekitar 6.700 senjata yang disita oleh tentera dan polis di Ciudad Juarez, sebuah bandar dengan penduduk kira-kira 1.3 juta orang di mana 10 orang ditembak setiap harinya pada puncak keganasan. Tahap keganasan yang berlaku di bandar Ciudad Juarez telah mencapai angka yang cukup membimbangkan. Pada tahun 2010, Ciudad Juarez mempunyai perbandingan, setiap 230 daripada 100,000 penduduk telah tertembak.

Reyes juga pernah menggunakan senjata api pada karya seni sebelumnya. Pada tahun 2008, ia telah melebur 1.527 yang diubah menjadi penyodok untuk menanam 1.527 pokok. Perang Kartel dadah telah meragut lebih daripada 70,000 jiwa manusia di Mexico selama enam tahun terakhir dengan senjata yang diseludup di seberang sempadan Amerika Syarikat - Mexico.

Reyes berharap mesej dapat didengar secara meluas melalui pameran instrumen muzik di London Lisson Gallery pada bulan Mac dan kemudian dilanjutkan di Amerika Syarikat. Karya seninya bukan hanya sebuah bentuk ungkapan protes, namun juga merupakan sebuah proposal perubahan.















3 comments:

  1. wah keren banget ya

    ReplyDelete
  2. kalau di jual harganya dapet berapa ya

    ReplyDelete
  3. kalau dijual dapet berapa ya

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers