Tuesday, 14 January 2014

Filled Under:

Pelik - Ritual Memeluk Bongkah Ais Sambil Pakai Cawat

 Jepun memang mempunyai pelbagai tradisi yang masih dipertahankan hingga era moden ini . Salah satunya yang unik adalah aksi memeluk bongkah ais sambil berendam .

Sebanyak 100 orang berkumpul memeluk bongkah ais yang merupakan bahagian festival Kanchu Misogi di Tokyo baru - baru ini . Ritual Shinto kuno itu bertujuan membersihkan jiwa raga dan mendekatkan diri pada roh yang boleh memberikan kemenangan . Acara ini digelar di kuil Inari , salah satu roh penting yang mendatangkan kejayaan , kemenangan dan kesuburan .

Meskipun suhu udara masih 6 darjah Celsius namun para peserta ritual berani berendam didalam air sejuk hanya memakai seluar dalam yang  nipis dan tali berwarna putih diikat dikepala . Mereka kelihatan bersemangat memeluk bongkah ais besar yang terus bersentuhan dengan kulit . Ritual ini dikatakan dapat meningkatkan kekebalan tubuh serta melatih stamina .

Dalam ajaran Shinto tidak mengenali dewa atau Tuhan melainkan roh dan membolehkan pengikutnya memeluk agama lain . Ajarannya diamalkan terhad di Jepun yang menekankan pada kebersihan jiwa dan cara hidup . Tsumi atau " dosa " bermaksud sebagai keburukan yang disebabkan faktor diluar kemampuan manusia seperti penyakit , bencana dan kematian .











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers