Sunday 11 September 2016

Filled Under:

Tasik Ini Cantik Kerana Meteor

  Kanada menyimpan fenomena alam luar biasa, iaitu Pingualuit Crater Lake (Tasik Kawah Pingualuit) yang  berada di Wilayah Quebec. Berbeza dengan tasik pada umumnya, Pingualuit mempunyai keunikan dan daya tarik tersendiri. Keunikan apakah itu?

Bentuknya hampir sempurna bulat dan tepiannya dikelilingi dinding kawah yang sedikit lebih tinggi. Sehingga kelihatan seperti tasik kawah di gunung berapi atau  nampak seperti kawah di bulan. Tapi ternyata tidak demikian setelah dilakukan ekspedisi dan penyelidikan.


 Pingualuit terbentuk daripada sebuah meteorit kuno yang menghentam bumi. Menurut kajian jatuhnya meteor dari angkasa yang akhirnya membentuk tasik kawah itu dianggarkan kurang lebih 1.4 juta tahun yang lalu.

Kedalaman tasik unik ini kira-kira 400 meter, berdiameter 3.44 km, dan bibir tepian kawahnya menjulang setinggi 160 meter. Menariknya lagi iaitu airnya, dipenuhi air bersih berwarna biru dan sangat bening. Pingualuit termasuk salah satu tasik paling jernih atau bening di muka bumi. Visibilitasnya mencapai 35 meter, ertinya hingga kedalaman 35 meter dari permukaan benda yang ada di dalam tasik boleh kelihatan.

Sumber air yang mengisi tasik ini belum diketahui secara jelas. Dianggarkan air yang memuaskan hanya berasal dari air hujan dan salji di mana sewaktu-waktu akan hilang melalui pengewapan.









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers