Claire Hobbs dari Christchurch, New Zealand menjual beg yang diperbuatnya dari kucing yang mati dilanggar sebuah kereta.
Beg berkenaan dilelong di laman lelongan pada harga permulaan sebanyak NZ$1,400 (RM4,235).
Claire yang juga pengawet binatang itu menegaskan kucing berkenaan bukan dibunuhnya untuk membuat beg berkenaan sebaliknya ia mati atas sebab semula jadi.
Bagaimanapun, beg kucing itu menimbulkan perdebatan di laman web lelongan itu.
Ada pelayar menyifatkan ia sesuatu yang tidak baik untuk membuat beg daripada kucing namun ada juga yang menyifatkan ia sesuatu yang hebat.
Menurut Claire, dia tidak bermaksud mahu menimbulkan apa-apa kekecohan dan berpendapat ia sama seperti individu yang memakai barangan yang diperbuat dari kulit haiwan.
Claire berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa terhadap beg berkenaan malah terpaksa mengambil satu hari cuti hanya untuk menjawab semua soalan di laman lelong berkenaan.Jom saksikan video berikut ini:
0 comments:
Post a Comment