Friday, 17 February 2017

Filled Under:

Inilah Katak Paling Besar di Dunia.


Katak Afrika merupakan sejenis katak paling besar di dunia. Dengan permukaan tubuh kasar dan licin, umumnya katak jenis ini mempunyai sifat agresif . Karnivor amfibia itu boleh melompat sejauh 12 kaki dan mempunyai gigi taring yang kuat digunakan bertarung.

 Senior Tropical House Keeper di Taman HaiwanNewquay,England, Dan Garrick yang setiap hari memberi makan katak gergasi menyatakan, katak Afrika merupakan sejenis katak serakah. "Sejenis katak pembunuh yang hanya duduk menunggu mangsanya," kata Dan Garrick di Newguay.


Bagaimana  katak yang mempunyai warna hijau kuning memburu  ialah dengan cara melakukan serangan tiba-tiba pada haiwan yang boleh dijangkaunya. Binatang yang menjadi mangsa itu dipastikan mati lemas, tidak bernyawa sebelum sampai pencernaan. "Jika mangsanya terlalu besar, maka katak itu menunggu isi perutnya keluar," jelas Garrick.



Walaupun kelihatan sangat garang, katak ini ternyata mempunyai sifat penyayang. Induk katak ini selalu menjaga telur dan berudu daripada ancaman pemangsa. Jenis katak ini juga menggali kolam khusus untuk memastikan anak-anak mereka tidak mati kekeringan. 


Katak Afrika atau dalam bahasa Latin disebut Adspersus Pyxicephalus merupakan pemakan serangga, tikus atau burung. Katak ini dikenali sebagai karnivor berbeza dengan katak-katak lain. Seekor katak Afrika ini beratnya boleh menjangkau dua kilogram, dengan panjang mencapai 24 sentimeter. Katak ini boleh ditemui di seluruh wilayah Afrika bahagian selatan, tengah dan timur.Jom saskikan video berikut ini:







0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs