Tuesday 25 April 2017

Filled Under:

Dapur Ini Boleh Memasak sambil Mengecas Telefon.



Mungkin sebahagian besar daripada kita setiap hari tidak lepas dari aktiviti memasak. Memasak boleh kita lakukan dengan menggunakan sebuah dapur. Dapur berguna untuk memanaskan masakan kita dengan menggunakan bantuan api. Namun tahukah anda dapur tercanggih di dunia ini?

Seiring perkembangan zaman, manusia mampu membuat penemuan-penemuan yang baru. Mulai dari melakukan sebuah kajian sampai membuat suatu produk yang unik dan membantu manusia dalam menjalani kehidupan sehari hari.

Akhir-akhir ini banyak sekali yang menggunakan Alat atau telefon pintar yang canggih. Setiap kali menggunakan telefon pintar ini kita akan lupa dengan masa, mungkin kita akan menhabiskan masa berjam-jam untuk bermain alat ini. Kita akan berhenti memainkanya saat bateri sudah habis.

Lalu apa hubunganya dapur dengan gadget kita?


 Akhir akhir ini di Eropah dikejutkan oleh penemuan dapur yang boleh digunakan untuk mengecas bateri gadget. Dapur ini sangatlah menarik untuk kita kaji lebih dalam lagi. Dapur canggih ini diberi nama BioLite HomeStove & CampStove.

Pembuatan BioLite HomeStove & CampStove ini dapat menunjukan kepada kita bahawa bangsa Eropah telah maju dan banyak membuat pembaharuan. BioLite HomeStove & CampStove ini menggunakan bahan bakar kayu, bahan bakar kayu dipilih kerana lebih berkesan dan bersih. Namun dapur BioLite HomeStove & CampStove ini berbeza dengan dapur pada umumnya. Perbezaanya terletak pada asap. Dapur BioLite HomeStove & CampStove ini tidak menghasilkan asap sedikitpun dari pada dapur pada umumnya.



Dapur ini boleh digunakan untuk mengecas bateri gadget kita. kerana dapur ini menghasilkan tenaga elektrik sehingga boleh kita gunakan untuk mengecas kembali handphone atau telefon pintar kita. tentunya untuk mengecas atau mengisi bateri handphone diperlukan suatu plug atau palam. Tapi anda tidak usah bimbang kerana dapur BioLite HomeStove & CampStove sudah menyediakan plug charger yang berupa kabel USB.

Dapur BioLite HomeStove & CampStove ini sudah banyak digunakan  di Eropah, terutama oleh di Amerika Syarikat. Dapur BioLite HomeStove & CampStove ini dipilih kerana lebih mesra alam sekitar dan ekonomi. Namun dapur BioLite HomeStove & CampStove ini belum sampai pasaran Malaysia. Mungkin jika dapur canggih ini diedarkan ke Malaysia akan banyak sekali orang yang membelinya, mengigat banyaknya pengguna alat atau handphone.



Dengan memilki inovasi inovasi menarik kita akan lebih disegani oleh bangsa lain, seperti inovasi tentang dapur BioLite HomeStove & CampStove yang boleh kita gunakan untuk mengecas bateri. Demikian sedikit maklumat semoga dapat menambah pengetahuan anda dan sekaligus menjadi inspirasi.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers