Sunday, 7 May 2017

Filled Under:

5 foto Bas Mewah Milik Datuk Shah Rukh Khan.


 Pelakon kacak Bollywood, Shahrukh Khan,  menjadi salah satu selebriti yang kehidupannya selalu ditemani kebahagiaan. Betapa tidaknya, selain terkenal dan dikagumi, ia merupakan pelakon yang kini mempunyai harta yang banyak.

Tidak hairan jika kemudian, pelakon kelahiran 2 November 1965 ini lalu mewujudkan segala keinginannya termasuk mempunyai sebuah rumah bergerak.


Shahrukh Khan dilaporkan mempunyai sebuah bas yang dilengkapi pelbagai kemudahan mewah seperti sebuah hotel bertaraf lima bintang. Bas mewah sepanjang 14 meter itu dilaporkan digarap sepenuhnya oleh DC Design.



Bicara spesifikasi, bas mewah ini hadir dengan banyak perabot bagus yang terdapat di pelbagai bilik seperti bilik tidur, bilik mandi, bilik mesyuarat, serta ruang menonton televisyen. Lulusan S2 di sebuah universiti Islam itu sepertinya mempunyai selera yang sangat mewah jika melihat isi dalam bas tersebut.

Tidak hanya bilik-bilik penyokong untuk menghabiskan masa di dalam bas, terdapat pula kelengkapan peralatan gym kecil jika  bintang ternama ini ingin bersenam.

Hebatnya, kerana bas ini dipastikan sering digunakan pemiliknya di lokasi penggambaran, DC Design kemudian menggunakan sistem hidraulik yang dapat memperluaskan saiz bas semasa berhenti dan boleh "menyusut" saat berjalan.


 DC Design juga penuhkan pelbagai lampu sipi agar boleh dipilih Shahrukh Khan sesuai dengan suasana hatinya. Jika berada dalam suasana pesta, lampu akan berubah mengikut kemahuan pemiliknya, dan jika ingin bersantai lampu akan berubah menjadi menenangkan.

Namun sayangnya, laporan tidak menyebutkan berapa banyak artis popular India itu menghabiskan wangnya untuk memiliki bas tersebut. Tetapi yang pasti, harga bas ini tentu amat mahal sekali.









0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs