Monday 1 May 2017

Filled Under:

Inilah Pelukkan Paling Ngeri di Dunia.


Kasih sayang bukan hanya milik manusia sahaja, haiwan pun kadang-kadang memerlukan. Dan mereka juga memberikan kasih sayang dalam bentuk yang berbeza, baik ibu bapa kepada anak-anaknya. Atau kepada haiwan jenis lain yang sangat aneh.


Beberapa waktu lalu, dan sering kita lihat di skrin televisyen, bagaimana anjing sangat akrab dengan kucing, atau persahabatan monyet dengan anjing. Tetapi bukan hanya haiwan yang cukup jinak saja yang boleh melakukankannya, haiwan buas pun boleh.

Contohnya singa, bukan hanya memberikan kasih sayang kepada anaknya atau kelompoknya, tetapi kepada manusia, yang notabene merupakan masuk ke dalam mata rantai makanan. Tetapi kali ini, ada sebuah video yang cukup mengharukan, di mana singa betina memberikan pelukan yang sangat mesra.

Kisah ini datang dari Gruener di Jerman, yang telah membuat heboh di Youtube, dengan peliharaannya, singa betina. Haiwan seberat 139 kilogram bernama Sirga, nampak akur bagaikan seorang teman dan sahabat.

Sekitar 15 juta orang melihat videonya, bagaimana Sirga memeluknya dengan sangat erat dengan penuh kasih sayang, dan video tersebut menjadi senarai salah satu video paling memberi inspirasi di tahun 2014.

Singa yang dipelihara sejak bayi ini kini  membesar, telah dikembalikan ke alam liar. Dengan teliti, Gruener membangunkan bakat asli singa, seperti memburu haiwan liar untuk bertahan hidup.

"Dia belajar untuk bersabar, untuk bersembunyi dan menyergap mangsanya. Saya menghabiskan masa setiap harinya di sini. Hidup yang sederhana yang saya impikan," kata Gruener.






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers