Monday 22 May 2017

Filled Under:

Juruterbang Paling Cantik di Afghanistan


 Jika seorang lelaki menjadi pilot di Tentera Udara maka perkara tersebut sudah menjadi sesuatu yang biasa. Namun, bagaimana jika seorang perempuan cantik menjadi pilot tentera di Afghanistan?.

Wanita tersebut diketahui bernama Niloofar Rahmani. Meskipun kerap kali mendapat ancaman dari kumpulan pengganas Taliban, namun hal itu tidak menjadi halangan baginya untuk berkhidmat kepada tentera Afghanistan.

Melalui perjuangan yang kuat, Kapten Niloofar berjaya menjadi pilot perempuan pertama dalam sejarah tentera Afghanistan. Bersama sembilan perempuan lain, ia mendapat anugerah International Women of Courage Award dari Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat .



Menjadi seorang juruterbang sudah menjadi cita-citanya sejak ia masih kecil. Kapten Niloofar melakukan pelbagai persiapan seperti belajar bahasa Inggeris dulu sebelum akhirnya ikut sekolah penerbangan. Mulai mendaftarkan diri dalam Program Latihan Tentera Udara Afghanistan pada 2010, ia pun lulus dengan pangkat Leftenan Kedua di tahun 2012.

Kapten Niloofar pertama kali menerbangkan pesawat jenis Cessna 182. Walaupun demikian, perkara ini tidak membuatnya puas. Ia berkeinginan menerbangkan pesawat yang lebih besar dan hingga akhirnya berjaya menerbangkan pesawat kargo jenis C0208.

"Anda tidak boleh melihat dirimu sebagai seorang perempuan, tapi sebagai manusia dan percaya terhadap dirimu sendiri," katanya memberi inspirasi. "Tidak mudah menyelesaikan sekolah di penerbangan. Itu sangat susah, tapi seseorang harus berani mengambil risiko itu. Jadi, perempuan lain boleh mewujudkan impian mereka juga."








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers