Sunday, 21 May 2017

Filled Under:

Karya Luar Biasa Dari Botol Plastik


Korangtentu sedar bahawa sampah di dunia ini semakin banyak. Ramai pula orang yang tahu bahawa sampah khususnya plastik boleh dijadikan bahan kitar semula yang baik. Tapi Veronika Richterova membuat "seni kitar semula" setingkat lebih mengagumkan.

Seniman berasal dari Republik Czech itu membuat patung-patung tanaman dan haiwan dari botol-botol bekas. Ia menggunakan panas untuk memainkan, membalik dan memotong botol serta memberi mereka bentuk semula jadi.




Botol soda dan air mineral digubahnya menjadi bunga, kaktus, katak, dan bahkan buaya! Selama bertahun-tahun, Veronika telah menggunakan ribuan botol dan mengembangkan banyak cara untuk membentuk mereka.

Botol kemasan yang diperbuat daripada minyak dikenali buruk kerana tidak akan pernah boleh melebur di alam. Ini artinya manusia harus mengumpulkan mereka dan mengitar semula menjadi serat untuk pakaian, bahan binaan, bekas lain dan sebagainya.

Selain membuat karya seni, Veronika juga membina muzium PET-ART di mana ia mengumpulkan botol dari seluruh dunia. Hingga kini, muzium tersebut telah menjadi rumah dari 3000 karya seni dari 76 negara.








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs