Friday, 8 September 2017

Filled Under:

Tanduk Kumbang Ini Seperti Antena Tv



Kumbang merupakan seranggga dengan penampilan yang menurut sebahagian manusia cenderung menggelikan. Kumbang yang satu ini  kelihatan sangat cantik dengan tanduk yang dimilikinya.

Keluarga kumbang Phengodidae juga dikenali sebagai kumbang Glowworm. Kumbang Glowworm jantan mempunyai tanduk panjang dengan bulu halus di bahagian kepalanya. Kumbang ini lebih aktif di malam hari kerana sangat tertarik pada nyala lampu.

Kecantikan jenis kumbang ini tidak hanya dapat dilihat melalui tanduknya. Kumbang Glowworm betina ternyata boleh menghasilkan cahaya seperti kelip-kelip. Masyarakat menyebutnya sebagai "cacing kereta api" kerana tubuhnya mempunyai segmen seperti gerabak  keretapi. Malangnya hanya kumbang betina saja yang boleh menghasilkan cahaya ini.

Kumbang Glowworm betina merupakan pemangsa yang memangsa kaki seribu dan antropoda (haiwan berbuku-buku) yang muncul di sampah atau tanah. Kumbang ini biasanya dijumpai di permukaan tanah dan cenderung muncul selepas hujan. Kumbang betina umumnya mempunyai saiz lebih besar daripada yang jantan.

Berbeza dengan betina, kumbang jantan  tidak makan. Kumbang jantan mempunyai umur yang lebih pendek dari betinanya.

Sementara itu, kira-kira 250 spesies kumbang ini tersebar di The New World, termasuk Kanada dan Chile, Amerika. Sebahagian besar spesies hidup di sebelah selatan Rio Grande.

 







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers