Sunday, 13 August 2017

Filled Under:

Seminggu Akan Tumbuh 14 Inchi


Inilah ibu kaktus gergasi yang telah membiak secara cepat sehingga memusnahkan bumbung rumah kaca hanya dalam beberapa minggu sahaja, dan itu masih akan terus membiak semakin tinggi.

Mink dan Tim Sumner Wilson, yang bekerja sebagai jururawat dan pecinta tanaman dari The Plant Lovers Nursery di Candlesby, Lincolnshire, pertama kali membeli kaktus raksasa ini di Perancis pada tahun 1968, di mana pada masa itu tinggi dari kaktus tersebut hanya 10 inci sahaja.



"Kami tidak pernah berfikir bahawa kita akan melihat bunga yang ketika itu tumbuh banyak dan sampai akhir  hidup kami mereka masih terus berkembang, mungkin itu kerana mereka boleh hidup sehingga 100 tahun", kata Mink Sumner Wilson


Mink yang kini telah berusia 70 tahun menganggap bahawa semua yang telah ia kerjakan pada bunga-bunga yang ia rawat merupakan sebagai sebahagian daripada keluarga sendiri.

Sampai ketika ini, batang dari kaktus gergasi terus tumbuh 2 inci setiap hari, dan dijangka akan mencapai 25 kaki pada akhir musim panas nanti.

"Ini adalah sesuatu yang menakjubkan untuk melihatnya", kata Tim (73).

Kerana kecintaan mereka pada tanaman berduri ini, maka tidak hairanlah jika masyarakat tempatan menganggap bahawa mereka adalah pasangan yang pakar dalam semua urusan yang berkaitan dengan tumbuhan berduri ini.




1 comments:

Followers

networkblogs