Wednesday 8 April 2020

Filled Under:

Jual Rambut Kerana Beli Rumah.

Seorang remaja perempuan di Rio de Janeiro mempunyai rambut panjang menjuntai seperti watak dalam cerita dongeng Rapunzel. Selepas 12 tahun memilikinya, kini rambut panjang itu dipotong untuk membeli rumah.




Gadis yang bernama Natasha Moraes de Andrade menangis ketika rambut dengan panjang 1.6 m miliknya dipotong untuk pertama kali. Walau sempat sedih, Natasha yang kini berusia 12 tahun itu mengatakan bahawa rambut pendek telah memberikannya kehidupan baru.Natasha tinggal di kawasan setinggan yang terletak di Rio de Janeiro, Brazil. Semasa hidupnya ia tidak boleh menikmati hal-hal yang dirasakan oleh anak sebaya dengan nya, seperti bermain ke pantai, kerana panjang rambutnya itu.Memerlukan masa empat jam tiap minggunya untuk mencuci rambut dan satu jam setengah untuk menyisir rambut Natasha. Tapi kini, ia telah memotong rambutnya hingga  40 cm ketinggian rambutnya itu dan Natasha hanya memerlukan masa selama 5 minit untuk membasuh.Potongan rambutnya tersebut dijual kepada salon khusus rambut extension dengan harga 3000 poundstreling. Dari wang tersebut, Natasha dan keluarganya kini boleh menduduki rumah baru yang jauh lebih besar dan selesa."Saya menangis ketika hairstyle  rambut memotong rambut saya. Saya takut bila saya tidak menyukai hasilnya, dan saya juga takut bahawa saya mungkin tidak boleh mendapatkan wang yang saya inginkan itu, ujar Natasha, seperti yang dikutip dari Daily Mail."Memotong rambut telah memberikan saya kehidupan baru. Dulu saya takut sekali keluar rumah kerana merasa ada orang yang akan menarik serta memotong rambut. Tapi sekarang saya boleh melakukan apa-apa yang belum pernah saya lakukan," tambah gadis yang belum pernah memtong rambutnya sejak bayi itu.




Sekarang, Natasha boleh mendapatkan kebebasan seperti kanak-kanak sebayanya. Ia pun memutuskan untuk belajar berbasikal, bahasa Inggeris dan Sepanyol serta pergi ke pantai tanpa takut rambutnya akan basah. Walau telah meotong rambutnya, Natasha masih tetap mendapat gelaran yang sama dari teman-temannya, iaitu Rapunzel.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers