Friday, 5 May 2017

Filled Under:

Jari Gergasi Muncul di Tengah Padang Pasir.


 Patung pada umumnya berada di tengah bandar atau kuil, tapi berbeza halnya patung yang pelik ini. Patung tangan raksasa ini terletak di tengah padang pasir yang sunyi sepi. Pada awalnya patung tangan tersebut menjadi misteri, tapi akhirnya misteri itu dapat diselesaikan.

Disiarkan dari Amusingplanet, kemunculan tangan raksasa di Gurun Atacama, Chile mengundang rasa ingin tahu. Ternyata tangan raksasa yang menjulang dari permukaan padang pasir tersebut merupakan karya seniman ternama berasal dari Chile bernama Mario Irareazabal.



Jika anda datang ke Chile, Jangn lupa untuk datang ke Guurun Atacama, anda pasti akan tercengang saat berkujung ke Gurun Atacama. Sebabnya di padang pasir tersebut terdapat tangan raksasa yang menjulang tinggi, muncul di tengah padang pasir.

Patung tangan tersebut diberi nama The Hand of Atacama Desert atau Mano del Desierto dalam bahasa asalnya. Dari jauh, patung ini kelihatan seperti peninggalan peradaban kuno.

Namun sebenarnya tidaklah demikian. Patung tersebut sengaja dibuat untuk menyerupai bangunan kuno. Patung ini punya makna, untuk mengingati jasa para mangsa rejim tentera di Chile.



Lebih lanjut, patung berbentuk tangan setinggi 11 meter ini diperbuat daripada besi dan simen. Fabrik, patung ini dibiayai oleh organisasi bernama Corporación Pro Antofagasta. Patung ini sendiri dirasmikan pada tarikh 28 Mac 1992 dan terletak kira-kira 75 km sebelah selatan Bandar Antofagasta di Chile. Selain di Gurun Atacama, kehadiran tangan raksasa ini juga boleh anda jumpai di Uruguay dan Sepanyol.






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs