Friday, 5 May 2017

Filled Under:

Walaupun Terbalik Tapi Boleh Bergerak.


Kereta ini pun kelihatan sangat unik kerana bila dilihat, kereta tersebut seperti kereta yang terbalik dengan kedudukan roda di bahagian atas.

Dalam modivikasi ini si pemilik juga membuat roda bahagian bawah hampir tidak kelihatan, jadi apabila dilihat dari jauh
benar-benar seperti kereta yang sedang terbalik. Perhatikan saja, bahkan pada bahagian bawahnya layaknya kereta yang benar-benar terbalik, kedudukan lampu dan bamperpun dibuat terbalik dan berbeza dengan kereta pada umumnya..

Kereta milik seorang mekanik berasal Amerika bernama Rick Sullivan ini berjaya mengundang perhatian kerana walaupun kereta ini terbalik tetapi tetap boleh memandu di jalanan! Rick memasang bodi pickup Ford F-150 secara terbaik di sebuah casis Ford Ranger, dan untuk membuat kereta unik ini Rick menghabiskan dana sekitar $ 6000.

Masa yang diperlukan oleh Rick untuk menyelesaikan projek kereta terbalik ini memakan masa kira-kira enam bulan di bengkel miliknya sendiri. Idea untuk membuat kereta terbalik inipun sedikit unik kerana Rick menerima telefon yang meminta bantuan untuk menyelamatkan kereta terguling kerana salji.

Dalam sebuah wawancara, Rick mengaku kereta terbaliknya mampu menarik perhatian orang-orang di jalanan. "Namun, ketika mereka melihatnya lebih teliti, mereka biasanya meminta saya berhenti agar dapat mengamati kereta ini lebih teliti," tambahnya.










0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs