Thursday, 4 May 2017

Filled Under:

Sanggup Potong Hidung Tiru Watak Superhero.


Suka dan menggemari watak superhero ataupun watak dalam komik adalah sesuatu yang wajar. Namun, perkara ini boleh berubah menjadi tidak wajar ketika peminat melakukan suatu perkara agar sepenuhnya mirip dengan watak tersebut.

Seperti halnya yang dilakukan lelaki bernama Henry Damon. Kerana terlalu cinta dan menggemari salah satu tokoh penjahat di komik Kapten Amerika, ia rela memotong hidungnya.

Henry yang berasal dari Venezuela Caracas ini merupakan lelaki berusia 37 tahun dan telah mempunyai dua anak. Ia merupakan peminat watak-watak dalam komik apalagi untuk tokoh yang berperanan jahat yakni Red Skull. Sebelumnya, ia pernah melakukan pembedahan untuk wajahnya. Tepatnya yakni membuat lebam di dahi dan bahagian wajah agar kelihatan seram mirip tokoh Red Skull.

Bukan hanya di wajah lelaki ini melakukan pembedahan agar mirip watak idolanya yakni Red Skull. Ia juga melakukan pembedahan dan membuat tatu di bahagian badan lain contohnya saja tangan. Saat ini, Henry merancang mengubah wajahnya lebih banyak lagi agar benar-benar serupa dengan Red Skull.

Untuk membuat dirinya mirip Red Skull, Henry pergi menjalani pembedahan pada pakar bedah dan tatto Emilio Gonzales. Emilio sendiri mengatakan bahawa "Henry mempunyai fizikal yang sihat. Potong hidung ini adalah boleh dikatakan langkah pertama untuk sepenuhnya mirip dengan Red Skull."


Pakar bedah tersebut juga menambah "Selain memotong hidung, Henry juga akan melakukan implan silikon pada tulang pipi, dagu dan pipi. Kami juga akan mewarnai wajahnya sehingga ia benar-benar kelihatan seperti Red Skull sejati."

Henry sendiri telah menyukai tokoh Red Skull dalam komik Kapten Amerika sejak kecil. Ia pun telah bercita-cita menjadi Red Skull sejak dahulu. Sebelumnya ia tidak pernah berani melakukan pembedahan untuk menukar wajah dan tubuhnya seperti Red Skull. Namun, setelah bertemu dengan Emilio Gonzales seorang pakar bedah yang pakar dalam pengubahsuaian tubuh, Henry mula berani mewujudkan cita-citanya.










0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs