Sunday 20 August 2017

Filled Under:

Dibanjiri Air Panas


Sebuah bandar di Sweden ternyata mengalami banjir yang amat pelik sekali 

Hujung minggu lalu, seorang lelaki meninggal dan tujuh orang cedera selepas kemalangan bas terjadi akibat banjir air panas di jalanan Kota Lund, Sweden. Kejadian tersebut dicetuskan letupan paip pemanas yang rosak di kawasan pusat bandar, seperti dilaporkan oleh perkhidmatan kecemasan.

Disiarkan oleh the Daily Mail, banjir air panas itu membuat jarak pandang pemandu bas berkurangan. Akibatnya,  pemandu hilang kawalan lantas melanggar sekumpulan pejalan kaki.

Saksi melihat bas dengan kelajuan tinggi melanggar para pejalan kaki sehingga mengeluarkan percikan api dari bahagian bawah kenderaan. Mangsa cedera ringan dirawat di Skane University Hospital.

Polisi Lund masih menyiasat punca insiden ini. "Jarak pandang di lokasi kejadian hampir tidak ada sama sekali," kata Pegawai Polis Nils Norling.

Kemalangan bas ini berlaku satu jam selepas banjir air panas melanda bandar tersebut. Kebocoran paip itu mula dilaporkan 19.15 waktu setempat.

  Penduduk Lund menggunakan papan kayu  untuk menyusuri jalanan yang tergenang banjir, supaya kaki mereka tidak terbakar.

Paip pemanas yang dimiliki oleh  syarikat Energy Kraftringen. Melalui laman web rasmi, pengurusan telah meminta maaf dan mengingatkan penduduk agar berhati-hati.

"Kami meminta penduduk sangat berhati-hati dengan kebocoran air panas di lokasi tersebut dan mengelakkan hubungan dengan air tersebut kerana suhu 88 darjah Celsius," tulis Energy Kraftringen.

Insiden ini cukup mengemparhkan Lund, sebuah bandar di selatan Wilayah Scania. Di sana terdapat Universiti Lund, salah satu institusi pendidikan terbesar di Kawasan Scandinavia.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers